Tuesday, January 5, 2010

pandanganku @ IluvIslam 1

-Kenapa orang taknak bertudung?

Ramainye dh bg pendapat masing2 utk perkara ini.
Alhamdulillah, walau apa pun 'teknik' yang diketengahkan disini tujuannya ialah satu
iaitu mengajak wanita supaya (bertudung) --> saya juga assume sbg menutup aurat.

memanglah, bertudung ni pun macam2 gayanya, silap 'berfesyen' pun, ada jgk tudung yang tidak bertindak untuk menutp aurat secara lengkap. Tapi sekurang2nya kalau dah bertudung tu lebih baik la dari yang tidak bertudung langsung bukan?

Semua org Islam tahu, maybe budak tadika pun tahu yang menutup aurat itu wajib. Dan tudung pula dicipta untuk menutupi aurat. Jelas.

Hairan dan Pelik

Yang saya heran, kenapa ada yang boleh bagi alasan xnk bertudung dgn alasan mcm ni..

''I xbertudung, tapi I jaga solat.. biarlah bila I dh betul2 sedia, I akan bertudung nanti, InsyaAllah.. biarlah dengan hati yg Ikhlas kalau I nk buat sesuatu tu''

Macam mana lah ada org yg boleh cakap cm tu ek?
saya ulang balik.

Solat --> wajib --> nak xnk, ikhlas xikhlas, kena buat jugak! dah namanya wajib!
tutup aurat(bertudung) --> juga wajib --> pn nk xnk, ikhlas xikhlas, sedia xsedia, mesti buat! sebab apa? wajib!

so, saya heran. org yg mengeluarkan kata2 diatas tu tak faham ke hukum sejelas ni? boleh cakap mengaku solat tapi tak mampu bertudung. walhal solat = tutup aurat --> wajib. wajib. wajib!

kpd org2 cm tu heran tak kalau satu masa nnt anak2 kita akan ckp mcm ni. ' I xbersedialah nk solat, bila I dh betul2 sedia nanti.. InsyaAllah I akan solat, biarlah ia dgn hati yg Ikhlas..'

kalau heran, ha lbh kurang macam tu jugak lah 'keheranan' saya sekarang ni terhadap ayat2 'pelik' korg sume tu..

just sbg renungan bersama..


-isu Kalimah Allah

pendakyahraya wrote:
Menang atau kalah dalam penggunaan nama Allah ini nampaknya tidak membawa kemenangan mutlak kepada umat Islam. Keputusan mahkamah bukan tajuk cerita kerana masalah ini timbul sejak pihak tersebut membawa kes ini ke mahkamah.

raf_03 wrote
kalaupun kita menang nnt..

biarlah.. yang penting sekurang2nya maruah Islam dapat dipertahankan.
biarlah.. walau akan ada persepsi apa pun terhadap sistem kehakiman di Malaysia, yg pnting maruah Islam diutamakan
biarlah.. org org kristian nk gunakan isu ini pun dimasa lain, asalkan sekarang ni maruah Islam dapat dipertahankan

biarlah.. semuanya tu. sekarang ni ada ke cara yang terbaik nak selamatkan maruah Islam berkenaan Isu Kalimah Allah ni? so, kalau dah xde, gunakanlah cara yang paling terdekat..

janganlah risau, kalau kita berada di pihak yg benar, niat utk pertahankan nama Islam, Allah pasti bersama2 kita.. kalau kita berjaya memperoleh kemenangan nanti percayalah Allah itu tidak buta. Malah Dia maha melihat. InsyaAllah.. Allah pasti akan membantu kita jika nanti akan ada masalah lain yang timbul.. just percaya dan yakin sepenuhnya dgn janji2Nya..

0 comments:

Post a Comment