Tuesday, January 5, 2010

perjalanan 2010 ku

6 jan 2010

raf - menempuh alam pekerjaan??

huhu hari ni 6 hb.. aku agak runsing untuk memikirkan soal 2 pilihan. 1, pilih nak sambung blajar. kedua, kerja. memanglah kalau diikutkan nak sambung tapi bila fikir2 atas 'desakan2' tertentu.. lebih baik aku utamakan untuk mencari dan mengutamakan soal nak carik keje berbanding soal nak sambung belajar. sekarang baru nak masuk semester 6. bermakna semester akhir aku dipoliteknik. huh.. cepat je masa..
aduh, sem 6?!! semester 6 dh ko raf?

sem 6.. aku mesti kena sentiasa igtkn diri aku. yelah kalau x aku, sapa lagi nk igtkn kalau x diri sendiri. diri sendiri lah 'org' yg paling dekat dgn diri kita. yelah, sebab 'dia' kn 100% masanya ada dengan kita. so, aku kena gunakan 'dia' tu dengan sebaiknya. aku kena 'kawal' dia. aku kena paksa 'dia'. jangan sampai 'dia' yg kawal aku..

raf.. kau ada 3 mission utama dlm masa 6 bulan ni. ingt mission tu!

1 - fight btl2 untuk final projek
2 - pastikan risult pointer sem 6 avarange 3.8~4.0
3 - dapatkan sebanyak mungkin pluang kerja

tu je raf.. raf.. kau kena kuatkan semangatmu raf, tunjukkan pada semua yang kau boleh lakukan raf..

fight!!


--------------------------------------------


5 Jan 10

Ekspressi pertama

Argghhh!!!! <---- ekspressi pertama yang hanya diluahkan oleh hatiku tatkala membuka blog ini. Kenapa? agak stress memikirkan apa yang akan ditempuh tahun ini. tahun terpenting untuk cita-cita terpenting.

Ya Allah... adakah aku masih belum bersedia untuk menghadapinya? ujian apa pula yang akan ku hadapai dariMu pada tahun ini ya Allah? aku tahu, engkau Maha Adil, pasti akan bagi 'paper ujian' yang setaraf dengan 'kemampuanku untuk menjawabnya'. tQ Allah..

Ya Allah, ya tuhanku namun begitu berilah aku panduan untuk 'menghadapi ujian' dariMu ini. TanpaMu, ku tak berdaya..

pandanganku @ IluvIslam 1

-Kenapa orang taknak bertudung?

Ramainye dh bg pendapat masing2 utk perkara ini.
Alhamdulillah, walau apa pun 'teknik' yang diketengahkan disini tujuannya ialah satu
iaitu mengajak wanita supaya (bertudung) --> saya juga assume sbg menutup aurat.

memanglah, bertudung ni pun macam2 gayanya, silap 'berfesyen' pun, ada jgk tudung yang tidak bertindak untuk menutp aurat secara lengkap. Tapi sekurang2nya kalau dah bertudung tu lebih baik la dari yang tidak bertudung langsung bukan?

Semua org Islam tahu, maybe budak tadika pun tahu yang menutup aurat itu wajib. Dan tudung pula dicipta untuk menutupi aurat. Jelas.

Hairan dan Pelik

Yang saya heran, kenapa ada yang boleh bagi alasan xnk bertudung dgn alasan mcm ni..

''I xbertudung, tapi I jaga solat.. biarlah bila I dh betul2 sedia, I akan bertudung nanti, InsyaAllah.. biarlah dengan hati yg Ikhlas kalau I nk buat sesuatu tu''

Macam mana lah ada org yg boleh cakap cm tu ek?
saya ulang balik.

Solat --> wajib --> nak xnk, ikhlas xikhlas, kena buat jugak! dah namanya wajib!
tutup aurat(bertudung) --> juga wajib --> pn nk xnk, ikhlas xikhlas, sedia xsedia, mesti buat! sebab apa? wajib!

so, saya heran. org yg mengeluarkan kata2 diatas tu tak faham ke hukum sejelas ni? boleh cakap mengaku solat tapi tak mampu bertudung. walhal solat = tutup aurat --> wajib. wajib. wajib!

kpd org2 cm tu heran tak kalau satu masa nnt anak2 kita akan ckp mcm ni. ' I xbersedialah nk solat, bila I dh betul2 sedia nanti.. InsyaAllah I akan solat, biarlah ia dgn hati yg Ikhlas..'

kalau heran, ha lbh kurang macam tu jugak lah 'keheranan' saya sekarang ni terhadap ayat2 'pelik' korg sume tu..

just sbg renungan bersama..


-isu Kalimah Allah

pendakyahraya wrote:
Menang atau kalah dalam penggunaan nama Allah ini nampaknya tidak membawa kemenangan mutlak kepada umat Islam. Keputusan mahkamah bukan tajuk cerita kerana masalah ini timbul sejak pihak tersebut membawa kes ini ke mahkamah.

raf_03 wrote
kalaupun kita menang nnt..

biarlah.. yang penting sekurang2nya maruah Islam dapat dipertahankan.
biarlah.. walau akan ada persepsi apa pun terhadap sistem kehakiman di Malaysia, yg pnting maruah Islam diutamakan
biarlah.. org org kristian nk gunakan isu ini pun dimasa lain, asalkan sekarang ni maruah Islam dapat dipertahankan

biarlah.. semuanya tu. sekarang ni ada ke cara yang terbaik nak selamatkan maruah Islam berkenaan Isu Kalimah Allah ni? so, kalau dah xde, gunakanlah cara yang paling terdekat..

janganlah risau, kalau kita berada di pihak yg benar, niat utk pertahankan nama Islam, Allah pasti bersama2 kita.. kalau kita berjaya memperoleh kemenangan nanti percayalah Allah itu tidak buta. Malah Dia maha melihat. InsyaAllah.. Allah pasti akan membantu kita jika nanti akan ada masalah lain yang timbul.. just percaya dan yakin sepenuhnya dgn janji2Nya..

Sijil politeknik pon laku la..

Semalam,mak aku citer yg ada sorg tu dah berjaya menjawat jawatan sebagai seorang juruteknik di sebuah jabatan perancangan bandar & wilayah. dia tu sebaya dengan aku. muda lagi, yang menariknya die cumalah lepasan sijil dari politeknik. aku tersentak! lalu bermonolog sendirian...

'eh, budak sijil pon laku ek?'


Dia just tunggu 6 bulan je lepas tamat belajar dah dapat jawatan yg stabil mcm tu. Starting gaji dah cecah rm1700, umur masih awal 21, dan perempuan pulak tu.. wah2, besnye..

aku bermonolog lagi, tapi kali ni lebih memandangnya dari perspektif yg berbeza.

'dia boleh, xkan aku xboleh..'

huh.. moga ini juga merupakan satu lagi pemangkin semangat bgku. Maybe Allah sengaja 'tunjukkan' ini utkku. Xmustahil. Sebelum semester 6 yg mana semester akhir ini bermula, Dia telah pun tunjukkan 'sesuatu' kepadaku.. so, aku kena gunakannya. Sebagai pembakar semangat. raf, besiap sedialah. Kejayaan ada dihadapanmu sebenarnya. Cumanya samaada kau nak kejar atau biarkan ia berlalu begitu sahaja...
semuanya terletak ditanganmu raf. kini, saat ini kau masih boleh mengubah 'sejarah masa depan'.

fight!!

Monday, January 4, 2010

starting line!

Bismillahirrahmanirrahim..

Pada angka 2010 bermulah sesuatu yang baru dalam hidupku. Sesuatu yang sepatutnya aku lakukan sebelum ini. Sesuatu yang telah lama ku'pendamkan'. Sesuatu yang telah lama dibiarkan. Satu kuasa yang aku sia-siakan. ahh! itu dulu, yang pasti kini aku tidak boleh menoleh kebelakang lagi. Inilah masanya, inilah permulaannya untuk aku tunjukkan siapa diriku yang sebenar. Siapa raf yang sebenar! InsyaAllah.. so, beware raf.. this is time for you… to speed up!

fight!!



so,dalam blog yg baru ni.. segalanya akan 'bermula', itu pasti!
InsyaAllah.